Arrow
Arrow
Slider

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia dengan tujuan utama untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara iaitu:

  1. Kepercayaan Kepada Tuhan
  2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-undang
  5. Kesopanan dan Kesusilaan


Lima prinsip ini amat penting bagi mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat. Justeru hujah pemidato bebas untuk menyentuh mana-mana prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara.

Kategori Yang Dipertandingkan

  1. Kategori Awam – Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas.
  2. Kategori Bukan Melayu – Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bukan berbangsa Melayu yang berumur 18 tahun dan keatas.
  3. Kategori Institusi Pengajian Tinggi – Terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS seluruh negara.
  4. Kategori Sekolah Menengah (Bergandingan) – Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dan penyertaan secara berpasangan.
  5. Kategori Sekolah Rendah (Bergandingan) – Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan penyertaan secara berpasangan.

Laman Web Pertandingan Pidato Rukun Negara TYT Melaka - Dibangunkan Oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, JKMM.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome, Firefox, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024.
Hak Cipta Terpelihara © 2022 Kerajaan Negeri Melaka.