PERATURAN PERTANDINGAN
PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN PIALA PUSINGAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA
- PENGENALAN
Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi penonton.
Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat supaya faham mengenai Perlembagaan Malaysia menerusi lima prinsip dalam Rukun Negara yang perlu dipraktikan oleh seluruh masyarakat iaitu:
- Kepercayaan Kepada Tuhan
- Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
Lima prinsip ini amat penting bagi mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat. Justeru hujah pidato boleh diperincikan menerusi mana-mana frasa dalam Rukun Negara berdasarkan situasi dalam negara yang lebih relevan untuk diperincikan.
- PERINGKAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat:-
- Saringan – Secara Video Rakaman
- Separuh akhir – Secara Video Rakaman
- Pertandingan Akhir – Secara Langsung dan Bersemuka
- PERINGKAT KEBANGSAAN
- Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh jawatankuasa pertandingan dan agensi lain yang dirasakan sesuai.
- Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan bagi merealisasikan pertandingan ini.
- Peserta hendaklah dipilih mewakili negeri-negeri yang mengambil bahagian dalam kategori yang dipertandingakan.
- Pertandingan peringkat kebangsaan pula akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pertandingan/Peringkat Kebangsaan.
- KATEGORI PERTANDINGAN
- Kategori Awam
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas.
- Kategori Bukan Melayu
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bukan berbangsa Melayu yang
berumur 18 tahun dan keatas.
- Kategori Institut Pengajian Tinggi
Terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS seluruh negara.
- Kategori Sekolah Menengah (Bergandingan)
Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dan penyertaan secara berpasangan.
- Kategori Sekolah Rendah (Bergandingan)
Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan penyertaan secara berpasangan.
- FORMAT PERTANDINGAN
- Pertandingan peringkat saringan dan separuh akhir akan dinilai melalui video yang dihantar oleh para peserta mengikut kategori dan peserta hendaklah mengupas tajuk pidato yang dipilih dalam tempoh masa yang dibenarkan.
- 3 pasangan Kategori Sekolah Rendah & Menengah yang memperoleh markah terbaik akan bertanding di peringkat akhir.
- 3 peserta dari setiap Kategori IPT/Bukan Melayu/Awam yang peroleh markah terbaik akan bertanding di peringkat akhir.
- Peserta yang layak ke peringkat akhir giliran persembahan akan ditentukan oleh Ketua Juri sebelum pertandingan akhir dimulakan.
- SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
- Peserta yang berminat boleh membuat pendaftaran awal bermula 13 Mei 2024 sehingga 26 Julai 2024 sebelum jam 5 petang.
- Peserta perlu memuat naik video penyertaan (mengikut durasi kategori penyertaan) dan video perlu mengikut format yang ditetapkan:
- Video perlulah dirakam secara “Single Shot Full View” supaya semua pergerakan peserta nampak jelas tanpa menjejaskan penghayatan yang disampaikan.
- Video penyertaan yang dihantar perlulah jelas / secara landscape dan menggunakan format MP4 dengan spesifikasi resolusi Full HD 720p atau 1080p.
- Peserta diwajibkan menggunakan latarbelakang video (template background) yang disediakan oleh penganjur. (Boleh muat turun template di portal rasmi pertandingan)
- Peserta perlu menamakan video dengan nama penuh dan kategori penyertaan yang disertai seterusnya memuat naik video ke laman Youtube.
- Peserta dikehendaki menghantar gambar dengan mengenakan pakaian yang sama semasa rakaman video penyertaan untuk tujuan hebahan di portal rasmi pertandingan sekiranya layak ke peringkat seterusnya.
- Peserta hanya perlu menghantar pautan @ link Youtube
- Bagi peserta yang membuat pendaftaran awal tanpa menghantar pautan @ link video, peserta boleh membuka semula borang penyertaan dengan menggunakan email yang sama semasa membuat pendaftaran awal.
- Setiap peserta/pasangan yang layak ke peringkat akhir dan yang mendapat saguhati perlu menyerahkan teks pidato kepada urusetia untuk tujuan penerbitan.
- Peserta yang pernah menjadi johan pada pertandingan siri sebelum adalah tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini untuk tempoh satu tahun.
- Video penyertaan perlu dihantar bermula 13 Mei 2024 sehingga 26 Julai 2024 sebelum jam 5 petang.
- Kategori Awam/ Bukan Melayu/Institut Pengajian Tinggi – 10 minit
- Kategori Sekolah Rendah (Bergandingan)/ Kategori Sekolah Menengah (Bergandingan) – 7 minit.
- Pertandingan akhir durasi persembahan adalah seperti berikut:
- Kategori Awam/ Bukan Melayu/Institut Pengajian Tinggi – 10 minit
- Kategori Sekolah Rendah (Bergandingan)/ Kategori Sekolah Menengah (Bergandingan) – 7 minit.
- Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1 minit) sebelum tamat, dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan.
- Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diberi markah.
- Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa, politik dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong atau penyertaan akan dibatalkan.
- Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.
- Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.
- Peserta diwajibkan memakai pakaian kebangsaan bersesuaian dan lengkap bersongkok bagi lelaki manakala peserta wanita mestilah berpakaian yang tidak menjolok mata.
- Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.
- PERATURAN PEMARKAHAN
- Panduan Pemarkahan
- Idea / Isi (30 markah)
Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/ isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya.
- Idea/isi tepat – 2 markah
- Huraian – 4 markah
- Data / contoh – 3 markah
- Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah
- (9m x 3 = 27 markah + 3 markah takrifan tajuk = 30 markah).
- Bahasa (20 markah)
- Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
- Penyampaian dan Persembahan (50 markah)
- Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. Peserta WAJIB memberi salam dan kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta tidak memberi salam / kata-kata aluan / menyentuh isu sensitif/ menunjukkan perlakuan / tutur kata yang kurang sopan.Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea / isi. Idea / isi hendaklah bernas/logik dan dihuraikan dengan jelas.
- PANDUAN KEPADA PANEL HAKIM
- Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi / idea, bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh dengan reaksi emosi / tepuk sorak penyokong.
- Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya) sebagai pemenang.
- Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM JURI.
- Keputusan panel hakim adalah